SUARA NADI adalah sebuah penerbitan di bawah Penang Institute yang cuba untuk merakamkan kepelbagaian suara dalam masyarakat khususnya masyarakat Pulau Pinang. Melaluinya, tenungan-tenungan dan wacana-wacana baharu tentang masyarakat yang kaya adat budayanya ini di angkat. Ia mencabar stereotaip-stereotaip dan naratif-naratif yang sudah mapan tentang kehidupan sosial, politik, dan budaya. SUARA NADI merintis denai-denai baharu dengan sabit-sabit sejarah, melihat bagaimana yang lalu senantiasa mentakrifkan yang sekarang, dan bagaimana yang sekarang membentuk yang nanti. SUARA NADI bukan semata-mata kerinduan kepada yang sudah sirna, tetapi suatu renungan terhadap pelbagai idea yang sudah melahirkan masyarakat ini.