
Selama ini, wacana tentang budaya membaca di Indonesia sering kali terperangkap pada tahap masyarakat: “Masyarakatnya yang malas baca” atau “Minat membaca orang Indonesia memang rendah”; naratif-naratif seperti itu biasanya mengabaikan faktor struktural yang ada di sebaliknya. Padahal, bagi saya, budaya membaca tidak sekadar lahir dan berhenti di ruang hampa.
Sehingga esei ini ditulis, sudah lima tahun saya merantau ke Jakarta dari kota tempat saya lahir dan tumbuh, Surabaya, demi mencari kehidupan yang lebih baik. Agaknya pilihan ini adalah penyelesaian yang paling masuk akal. Sudah tentu, perpindahan yang sudah bertahun-tahun ini memberi kesan terhadap cara pandang saya dalam melihat sesuatu, salah satunya adalah kesadaran akan ruang (spatial).
Di Jakarta (dengan kelebihannya sebagai ibu kota Indonesia) saya menyaksikan bagaimana kota ini membangun, khususnya dalam konteks budaya membaca. Kerap kali, di hampir setiap sudut kota, saya mendapati ramai orang menghabiskan waktu untuk membaca, baik di dalam pengangkutan awam, kafe, taman-taman di kota, perpustakaan daerah, atau ruang-ruang bacaan lain. Daripada pengalaman itu, saya beranggapan bahawa kota ini secara tidak langsung menawarkan semacam “pengalaman spatial” bagi masyarakatnya untuk berhenti sejenak lalu membaca.
Ketika mengenang kembali Surabaya, kota yang saya tinggalkan lima tahun lalu, ingatannya cukup berbeza. Sebagai orang tempatan, sudah tentu ingatan saya bersifat subjektif, dan saya tidak sepenuhnya mampu menangkap dinamik yang berlaku sepanjang tempoh merantau. Namun, dakwaan “kota literasi” yang pernah digemakan pada tahun 2014 masih terasa sebagai “pekerjaan rumah” yang besar.
Persoalannya bukan sekadar ketiadaan perpustakaan daerah yang menurut saya hingga hari ini masih terasa kurang “wujud” jika dibandingkan dengan Jakarta, atau perpustakaan swasta yang dalam lima tahun terakhir (lagi-lagi sepengamatanku) hanya bertambah satu atau dua, dengan lokasi yang cukup jauh untuk dijangkau. Lebih daripada itu, saya juga melihat bahawa kelab buku di kota-kota seperti Surabaya sebenarnya wujud, tetapi ruang untuknya berkembang sangat terhad.
Kelab buku ini berhadapan dengan kesulitan untuk berkembang subur seperti di Jakarta; hal itu juga dipengaruhi oleh perancangan kota yang tidak disusun untuk menggalakkan mobiliti budaya dalam kalangan masyarakatnya. Tanpa ruang ketiga yang dapat diakses, inklusif, dan mudah dijangkau dengan transportasi umum, gerakan literasi seperti ini terpaksa berjuang bersendirian.
Persoalannya: Mengapa budaya membaca di kedua-dua kota ini terasa sangat berbeza? Mungkin jawapannya bukan terletak pada seberapa besar minat membaca masyarakat di kota itu, tetapi bagaimana kota itu disusun dan dirancang.
Kota besar seperti Jakarta memang memiliki kelebihan tersendiri sebagai ibu negara Indonesia. Pembangunan kotanya (meskipun masih banyak masalah yang perlu diselesaikan) perlahan-lahan merangkul budaya membaca sebagai sebahagian daripada kehidupan bandar. Sebagai contoh, integrasi mod pengangkutan awam (MRT, LRT, KRL, dan TransJakarta) yang terhubung secara langsung dengan ruang ketiga seperti taman-taman kota dan/atau perpustakaan daerah serta ruang-ruang membaca lain. Hal ini selaras dengan prinsip Transit-Oriented Development (TOD), di mana integrasi antara mod pengangkutan dan kemudahan awam terbukti memberi peluang kepada masyarakat untuk mengakses ruang-ruang lain di kawasan bandar—dalam hal ini, ruang ketiga dan ruang-ruang bacaannya.
Sebaliknya, tidak hanya di Surabaya, di kota-kota lain di Indonesia (tentu dengan faktor peruntukan yang terhad dan kurangnya political will), pengalaman mengakses ruang ketiga dan ruang-ruang bacaan menjadi suatu cabaran struktural yang tidak dapat dielakkan. Kota yang direka bentuk secara car-centric menjadikan perjalanan ke ruang-ruang tersebut sebagai beban tambahan, terutamanya bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan peribadi. Adapun perpustakaan daerah disediakan oleh pemerintah kota (pemkot) dan/atau pemerintah provinsi (pemprov), jumlah, ruang tumbuh, hingga kemudahan utamanya biasanya terbatas.
Tidak hanya penataan kota, apabila ruang transit (perhentian, stesen, dll.) tidak layak, headway (waktu menunggu) lama, dan laluan pejalan kaki tidak inklusif, kesemuanya menjadi faktor yang cukup untuk menentukan niat masyarakat untuk mengakses ruang ketiga atau ruang-ruang bacaan di kota tersebut. Tambahan lagi, membaca akhirnya kembali “terkurung” di ruang-ruang peribadi: di dalam bilik atau kafe yang mewajibkan pengunjungnya membayar harga yang mahal hanya untuk secangkir kopi.
Gagasan Ray Oldenburg mengenai ruang ketiga sesuai dengan fenomena yang saya jelaskan di atas. Ruang ketiga di luar rumah, sekolah, dan tempat kerja merupakan ruang penting untuk interaksi sosial dan intelektual. Ketika ruang kota dirancang mesra pejalan kaki, disokong oleh perkhidmatan awam yang boleh diharapkan, maka ruang ketiga dan ruang-ruang bacaan, seperti perpustakaan, tidak lagi sekadar menjadi “destinasi eksklusif”, tetapi menjadi laluan mobiliti harian masyarakatnya yang organik (daily commuting path).
Selain itu, Henri Lefebvre, seorang ahli sosiologi perbandaran, juga menjelaskan tentang Right to the City (Hak ke atas Kota) yang menegaskan bahawa akses terhadap ruang ketiga dan kemudahan penunjang (ruang transit, transportasi umum, perpustakaan, taman bacaan, dll.) bukan sekadar kemudahan sekunder, tetapi merupakan hak dasar masyarakat.
Apabila proses penyusunan kota mengabaikan hal tersebut dan berlakunya keterangkuman ruang (spatial inclusion), maka yang terjadi adalah ketidakadilan ruang, akses terhadap ruang ketiga dan ruang-ruang bacaan hanya akan terus menjadi milik mereka yang memiliki kenderaan peribadi dan lebih banyak waktu terluang.
Menurutku, itulah sebabnya budaya baca masyarakat tidak hanya lahir dan selesai di ruang hampa. Perancangan kota yang baik semestinya mampu memberikan ruang bagi masyarakatnya untuk melakukan kegiatan dengan selamat, selesa, dan teratur, kerana dengan kemudahan mengakses ruang ketiga dan ruang-ruang bacaan, maka mudah juga untuk melakukan kegiatan membaca, tidak mengira masa dan tempat. Dengan demikian, budaya membaca dapat tumbuh secara organik.
Pengalaman peribadi yang bermula daripada perpindahanku dari Surabaya ke Jakarta membuatku sedar bahawa cabaran budaya membaca pada saat ini bukan sekadar berapa banyak festival sastera yang dianjurkan atau pembangunan perpustakaan dan ruang-ruang bacaan di kawasan bandar.
Bagiku, cabaran yang sebenar terletak pada cara kota-kota, baik Jakarta, Surabaya, mahupun pusat-pusat bandar lain di Indonesia, menyediakan akses yang adil dan terangkum bagi masyarakatnya untuk memanfaatkan ruang ketiga dan ruang-ruang bacaan tanpa perlu menanggung beban struktural kota.
Hal ini kerana, budaya membaca akhirnya bukan sekadar urusan mencetuskan minat individu, tetapi kemahuan para pembuat dasar untuk menyusun semula ruang hidup kita. Bagiku, penyusunan kota yang adil dan terencana adalah hal paling mendasar untuk memberikan dan menjaga hak masyarakat dalam memperoleh pengetahuan.


