Upcoming Events
17Jul2019

Persilangan Identiti Nasional: Persoalan Gender, Bangsa, Agama dan Citarasa

Konsep intersectional identity atau “persilangan identiti” mula digunakan oleh Kimberley Crenshaw pada tahun 1989 untuk merujuk kepada kerumitan persoalan identiti dalam masyarakat. Walaupun seseorang itu berada di dalam kumpulan sosial homogen dan tertentu, pengalaman “persilangan” mencetuskan kepelbagaian dampak. Di Malaysia, identiti kumpulan yang berdasarkan etnik, bangsa dan agama merupakan identiti yang paling dominan dalam kesedaran masyarakat.

Di dalam pembentangan ini penceramah akan cuba melakarkan pentingnya konsep “persilangan” dalam menangani persoalan semasa mengenai identiti nasional. Adakah dasar sosial negara yang digubal mengikut asas identiti kumpulan sosial yang berteraskan etnik, bangsa, agama serta juga gender masih relevan? Apakah yang mengakibatkan kegagalan dalam strategi besar-besaran seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), mobilisasi politik atau kempen pilihanraya dengan adanya “persilangan identiti” dalam masyarakat?

Pembicara: Dr. Maznah Mohamad
Moderator: Izzuddin Ramli
Tarikh: 17 Julai 2019 (Rabu)
Masa: 8.00 malam – 10.00 malam (pintu dibuka dari 7.30 petang)
Tempat: Conference Hall, Penang Institute

Biodata

Maznah Mohamad adalah Professor Madya di Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Pengajian Asia Tenggara di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS – National University of Singapore). Beliau menyandang jawatan Penyelidik Bersekutu di Penang Institute sehingga akhir Julai 2019. Kepakaran penyelidikan beliau ialah isu-isu berkaitan Islam, Politik, dan Gender di Malaysia dan Asia Tenggara. Makalah terbaru beliau mengenai Politik Malaysia telah diterbitkan di dalam Journal of Contemporary Asia (2019) dan Southeast Asian Studies (2018). Buku beliau yang berjudul, The Divine Bureaucracy and Disenchantment of Social Life: A Study of Bureaucratic Islam in Malaysia kini di dalam proses penerbitan oleh Palgrave-Macmillan.

Sila daftarkan minat anda di sini. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi sekretariat di enquiry@penanginstitute.org.

* Para hadirin dinasihatkan untuk membawa bekas minuman sendiri untuk menikmati teh dan kopi yang disediakan.
* Please note that this lecture will be conducted in Bahasa Malaysia language.