29 Jul'17 - Symposium Pemikiran Anwar Ibrahim - Penampilan Demokrat Muslim

symposium pemikiran anwar ibrahim updated

Penang Institute bersama Yayasan Islam Pulau Pinang dan Institute Darul Ehsan menganjurkan sebuah “Simposium Pemikiran Anwar Ibrahim – Penampilan Muslim Demokrat” serta pelancaran buku karya Charles Alles yang bertajuk “The Evolution of a Muslim Democrat: The Life of Malaysia's Anwar Ibrahim” yang akan diterbitkan dalam versi Bahasa Melayu tidak lama lagi. Tuan/puan dijemput untuk menghadiri forum ini seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh : 29 Julai 2017 (Sabtu)

Masa : 10.00 pagi (pendaftaran bermula 9.30 pagi)

Tempat : Dewan Penang Institute, No. 10, Jalan Brown, 10350 George Town, Penang

Pada tahun 1998, gegak-gempita laungan REFORMASI berkumandang mencetuskan kebangkitan rakyat untuk menentang kezaliman dan menegakkan keadilan serta membuka ruang demokrasi yang lebih luas dalam kancah politik Malaysia. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (lahir pada 10 Ogos 1947) nama yang tidak asing lagi adalah seorang pemikir dan pejuang serta ahli bahasa yang telah berkecimpung dalam perkembangan sejarah politik di Malaysia hampir empat dekad. Beliau lantang menentang arus politik perkauman yang membarah dalam masyarakat serta ketidakadilan yang berlaku khususnya perihal rasuah yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat. Walaupun dijatuhkan hukuman penjara sebanyak dua kali (enam tahun dan lima tahun), ia tidak memadamkan api semangat beliau yang masih memperjuangkan perubahan sistem demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali sosok Muslim Demokrat ini dan apakah idea pembaharuan yang dibawa oleh beliau serta lain-lain persoalan dan isu yang boleh diketengahkan dalam wacana ini.

Tuan-tuan/ puan-puan yang berminat untuk menghadiri forum ini disarankan untuk mendaftar di sini memandangkan tempat duduk adalah terhad. Sekian, terima kasih.

Our Affiliates

 

pg_gov      mppp      mpsp      pdc   psdc      undp       usm   investpg

Quick Links

About Us   |   Contact Us   |   Media Centre   |   Sitemap

Penang Institute
10 Brown Road, 10350 Penang, Malaysia.
Tel : (604) 228 3306   |   Fax : (604) 226 7042
General enquiries : enquiry@penanginstitute.org