Biarpun lebih gemar dikenali sebagai pekerja budaya, Umar Haen adalah seorang penyanyi-penulis lagu dari Temanggung, Jawa Tengah, Indonesia. Dalam perbualan ini, Umar berbicara tentang muziknya, tentang album keduanya, Busa Sabun Masuk ke Mata, hakikat menjadi seorang pemuzik dari kedudukan terpinggir, gelombang kebangkitan rakyat di Indonesia pada saat ini, dan pelbagai lagi isu sehari-hari. Umar mengungkapkan kegembiraan, malah kepedihan menjadi manusia biasa, seperti penihnya buih sabun masuk ke dalam mata.
