Bual Nusantara

[EP46] Al-Ghazali dan Pengaruhnya di Nusantara, b/sama Hilmi Marjunit

Perbualan ini menelusuri sosok al-Ghazali dan karya agungnya, Ihya’ Ulumuddin, dengan menjenguk pengaruh pemikiran tokoh besar ini di rantau Nusantara. Sejak dahulu lagi, gagasan al-Ghazali tentang ilmu, akhlak, penyucian jiwa dan kehidupan beragama ditafsir dan dimaknai dalam tradisi keilmuan serta kehidupan masyarakat Islam di rantau ini. Bersama Hilmi Marjunit, salah seorang penterjemah Ihya’ Ulumuddin, perbualan ini turut menyentuh perjalanan sebuah projek penting, iaitu usahamenerjemahkan magnum opus al-Ghazali itu secara lengkap ke dalam bahasa Melayu buat pertama kalinya, sekali gus membuka ruang untuk karya tersebut dibaca dan difahami oleh generasi pembaca hari ini.