Bual Nusantara

[EP48] Membaca Buku di Ruang Awam, b/sama Nabila Putri

Nabila Putri merupakan seorang pengurus projek dan content creator dari Surabaya, Indonesia, yang memberi tumpuan pada kerja-kerja berkaitan buku dan budaya membaca. Dengan latar belakang pendidikan dalam bidang perancangan bandar, sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Nabila giat dengan LiteraTOUR, sebuah gerakan yang beliau asaskan untuk mengambil semula ruang awam di pelbagai kota di Indonesia, khususnya di Jakarta, sebagai tempat membaca buku. Dengan kata lain, beliau ingin menjadikan semula budaya membaca buku di dalam MRT, kafe, dan di atas bangku di bawah pokok sebagai sesuatu yang cool. Pada tahun ini, nama Nabila diangkat sebagai finalis Duta Baca DKI Indonesia. Dalam perbualan ini, kita akan mengenali beliau dengan lebih dekat; di mana titik mula beliau dalam kerja-kerja literasi, apakah tantangan-tantangan yang beliau hadapi dalam mengajak masyarakat untuk membaca; bagaimana beliau melihat buku, sastera, dan penerbitan dalam dunia yang semakin mencabar ini.