Pada kali ini, Izzuddin Ramli dan Israr Khalid berbual bersama Anggun Priambodo, seorang pengarah filem dan seniman visual dari Indonesia, tentang seni pembikinan video muzik. Anggun bukan calang-calang orang dalam dunia perfileman Indonesia. Namanya menonjol selepas memenangi anugerah Pengarah Terbaik di MTV Indonesia Music Awards 2003 menerusi muzik video “Train Song” oleh kumpulan Lain. Selain menghasilkan pelbagai muzik video berpengaruh untuk kumpulan-kumpulan seperti White Shoes & The Couples Company, The Brandals dan Cmon Lennon, beliau turut mengarahkan filem cereka seperti Rocket Rain (2013) serta aktif dalam dunia seni kontemporari melalui pameran video dan seni visual di Indonesia dan luar negara.
