Past Events

23 Sept’16 – Radikalisasi Islam di Malaysia?

radikalisasi islam di malaysia

Penang Institute berbangga untuk memperkenalkan siri ceramah dalam Bahasa Melayu kami yang baharu di bawah siri yang diberi nama Bual Nusantara. Siri Bual Nusantara ini merupakan sambungan daripada Forum Nusantara kami yang terdahulu dengan tujuan untuk mengupas isu-isu dalam lingkungan Nusantara baik dalam tema sejarah, budaya, sastera sehinggalah ke isu semasa. Di dalam siri Bual Nusantara ini kami mengundang tokoh-tokoh terkemuka, ahli-ahli akademik serta para budayawan untuk mengupas setiap tajuk yang kami bawakan.

Penjelmaan gejala IS (Islamic State) atau Daesh yang mengganas di Asia Barat, khususnya Iraq dan Syria, serta aktiviti ganas dan ekstrim gerombolan yang berkaitan dengannya di Eropah serta rantau Asia Tenggara menimbulkan kebimbangan rakyat yang inginkan keamanan. Di Malaysia, elemen Daesh dalam bentuk sukarelawan anak muda yang dikatakan sanggup mati syahid merupakan tanda amaran bahawa bahaya radikalisasi Islam sudahpun berputik dalam masyarakat. Dalam siri kedua Bual Nusantara ini, Prof. Ahmad Fauzi Abdul Hamid akan mencari dan mengupas akar umbi gejala radikalisasi Islam yang dikatakan telah menular di Malaysia.

Tarikh    : 23 September 2016 (Jumaat)
Masa      : 8.00 mlm – 11.00 mlm (Pendaftaran bermula pada 7.30 mlm)
Tempat  : Dewan Penang Institute, No. 10, Jalan Brown, 10350 George Town

Tuan-tuan/ puan-puan yang berminat untuk menghadiri Bual Nusantara ini disarankan untuk mendaftar di sini memandangkan tempat duduk adalah terhad. Sekian, terima kasih.