Dalam episod Bual Nusantara kali ini, kita akan membincangkan novel Ranjau Sepanjang Jalan yang sering diangkat bukan sahaja sebagai karya terbaik Shahnon Ahmad, tetapi antara novel terpenting dalam sejarah persuratan Melayu. Izzuddi Ramli dan Wan Nor Azriq bersama Johan Radzi, seorang peguam dan cerpenis yang muncul dengan buku sulungnya Tinju dan Peluru pada 2017. Johan akan menyingkap dan merungkai kembali ciri-ciri yang membuat Ranjau Sepanjang Jalan sebuah karya klasik, sempena 60 Tahun Shahnon Ahmad Sebagai Novelis.