Bual Nusantara

[EP27] Afi Noor dan Puisi Lisan

Afi Noor adalah seorang penyair yang tidak asing dalam kalangan penggemar sastera Malaysia. Beliau pernah tampil di pelbagai festival sastera dan sudah menerbitkan pelbagai karya seperti Ten Poems (2012) dalam jurnal Kisah, Asian Centre Anthology of Malaysian Poetry, Rambutan Literary dan antologi When I Say Spoken, You Say Word. Dalam perbualan ini, Afi berbicara tentang puisi lisan (spoken word), bahasa, identiti, perempuan, serta dunia kesusasteraan Malaysia dan kota yang pernah beliau tinggal, iaitu London.