“Harapan Seorang Pesimis” merupakan sebuah himpunan catatan ringkas daripada Wan Hamidi Hamid, seorang bekas wartawan, peminat muzik, dan aktivis politik. Perbualan ini meneroka bagaimana Wan Hamidi memanfaatkan catatan pendek penuh jenaka untuk melemparkan kritikan dan kekecewaannya terhadap masalah politik dan sosial di negara ini. Beliau seorang pesimis, tetapi masih menaruh harapan.