Kenyataan Akhbar
George Town, 15 Mei 2015
Festival P Ramlee kini kembali dengan lebih banyak acara lagi
Walaupun sudah 42 tahun meninggalkan kita, semangat dan jiwa Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih subur melalui hasil karya beliau yang terus dipertonton, didengar dan diwacanakan oleh setiap lapisan masyarakat sehingga ke hari ini.
Justeru, sebagai sokongan kepada kesungguhan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengangkat kembali tokoh seniman agung negara kita ini, Penang Institute sejak tahun 2013 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan acara Festival P Ramlee bagi memartabatkan karya seni anak jati Pulau Pinang ini, di samping meraikan bakat penggiat seni di negeri kelahiran beliau, Pulau Pinang.
Selain acara-acara seperti Pertandingan Karaoke Lagu-lagu P Ramlee yang lazimnya diadakan saban tahun, Festival P Ramlee tahun ini akan mempersembahkan acara-acara baru seperti Pertandingan Boria dan Pertandingan Mini Orkestra. Bagi Pertandingan Mini Orkestra, syarat kemasukan adalah maksimum empat orang anggota kumpulan dan sekurang-kurang satu alat tradisional muzik Melayu.
Maklumat lanjutan mengenai acara-acara Festival P Ramlee 2015 adalah seperti berikut:
Acara |
Lokasi |
Tarikh |
Forum P Ramlee “Hiburan & Kritikan: Seniman, Seni & Keadilan Sosial dalam Filem P Ramlee” |
Hotel Seri Malaysia, Bayan Baru |
9 Mei 2015 |
Pendaftaran pertandingan Karaoke, Boria & Mini Orkestra |
04-228 3306 (samb 106) atau secretariat@penanginstitute.org atau layari https://penanginstitute.org |
18 Mei 2015 |
Forum Nusantara |
The Light Hotel, Seberang Jaya |
Julai (akan diumumkan) |
Saringan pertandingan Karaoke |
Akan diumumkan |
24 Julai 2015 |
Saringan pertandingan Boria |
Akan diumumkan |
8 Ogos 2015 |
Saringan pertandingan Mini Orkestra |
Akan diumumkan |
15 Ogos 2015 |
Pesta Rakyat |
Padang Kota |
22 – 23Ogos 2015 |
Pusingan akhir pertandingan Karaoke, Boria & Mini Orkestra |
Padang Kota |
22 Ogos 2015 |
Forum P Ramlee dalam bahasa Inggeris (sempena George Town Festival) |
Akan diumumkan |
Ogos (akan diumumkan) |
Justeru, Penang Institute mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai acara-acara di atas untuk mendaftar dengan secepat mungkin. Pada masa yang sama, kami ingin menjemput penyertaan vendor dan penaja, khususnya bagi acara Pesta Rakyat yang akan berlangsung dari 22 hingga23 Ogos 2015. Pesta Rakyat merupakan karnival tempatan yang terbuka kepada semua danakan menampilkan pelbagai aktiviti tradisional, pelbagai persembahan seni, wayang pacak dan lain-lain lagi.
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi 04-228 3306 (samb. 106) atau emel secretariat@penanginstitute.org.
Zairil Khir Johari
Pengarah Eksekutif Penang Institute