Bual Nusantara kali ini Israr Khalid bersama Ahmad Khairul Shafizan Johari, jurnalis Astro AWANI yang membuat pengajian tentang masyarakat Pattani di selatan Thailand. Senang dipanggil AK, beliau bercerita tentang sejarah Melayu Pattani dari sebuah kerajaan entreport yang sibuk di pantai timur semenanjung Tanah Melayu hingga tercetusnya konflik di wilayah itu yang berlarutan sampai hari ini. Bukan untuk menyibuk tepi kain orang, tapi jelas AK, mengambil tahu tentang isu Pattani adalah penting kerana hubung kaitnya dengan masyarakat kita melalui pertalian Melayu dan Islam. Mengapa ia mustahak, di mana peranan Malaysia di setiap peringkat masyarakat, selaku jiran terdekat, dalam mencari solusi menuju pendamaian di wilayah yang pernah makmur suatu ketika dahulu.
