Bual Nusantara

[EP32] Menghidupkan Kampung di Kota, b/sama Hana Badriah

Dalam episod ini, Izzuddin Ramli dan Israr Khalid berbual bersama Hana Badriah, Pengurus Kanan Bahagian Ketahanan Sosial di Think City Kuala Lumpur, tentang makna sebenar perbandaran dan bagaimana nilai-nilai kampung seperti gotong-royong dan kebersamaan boleh dihidupkan semula dalam konteks kehidupan bandar. Hana berkongsi tentang projek kendaliannya, Kita-untuk-Kita (K2K) yang berusaha merapatkan jurang antara komuniti dan ruang bandar melalui pendekatan yang berakar pada budaya tempatan. Perbualan ini menyentuh isu ruang, identiti, dan harapan untuk masa depan bandar yang lebih manusiawi dan menyantuni nilai-nilai masyarakat.