Anissa Razali (l. 1994) merupakan seorang seniman rentas disiplin. Beliau bermain dengan pelbagai jenis wadah, baik lukisan, tarian, dan pertukangan. Beliau berminat untuk melihat hubungan atribut-atribut budaya dengan alam luar tampak. Kini, Anissa giat meneroka idea tentang hantu melalui sudut pandang sosio-politik dan ekologi. Pada tahun 2023, beliau mengadakan pameran dengan tajuk Di Bawah Cahaya Bulan di Pulau Pinang dan Chiangmai. Dalam perbualan ini, Anissa berkongsi tentang kerja seni beliau, dan lebih khusus, tentang hantu.