Past Events
20Ogos2021

#SEMBANG – Susah Ke Menulis Esei?

Tarikh dan masa: 20 Ogos, Jumaat, 8.30pm
Lokasi: Applikasi Clubhouse
Sertai perbualan: https://bit.ly/3g3L8OQ

Menulis — khususnya esei — adalah suatu kegiatan yang menyeronokkan. Melaluinya buah fikiran ditumpahkan lalu disusun ke dalam kata-kata. Namun, tidak semua orang mampu menulis, apatah lagi menulis dengan baik. Apakah kelengkapan-kelengkapan yang perlu kita ada sebelum menulis? Bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah esei yang menarik dan akan dibaca? Bersama penulis dan sidang redaksi Suara Nadi, sebuah penerbitan berbahasa Melayu Penang Institute bersembang tentang penulisan dan hal-hal berkaitan.

Ikuti kelab kami di Clubhouse: Penang Institute

Note: Tiada rakaman untuk program ini.