Past Events
3Oct2019

Identiti Islam Kosmopolitan: Sejarah Malaysia Seribu Tahun

Islam telah mencorak kehidupan manusia di Nusantara sejak lebih dari seribu tahun yang lalu dan melahirkan sebuah tamadun yang dikagumi dunia. Namun, kebelakangan ini, para pemerhati membawa andaian bahawa Islam di Malaysia semakin konservatif dan tertutup. Antara faktor yang dikatakan telah membawa kepada fenomena tersebut adalah “Arabisasi” atau “Islamisasi” masyarakat setempat.

Di dalam ceramah ini, Khairudin Aljunied mempersoalkan andaian ini. Dia memberikan penjelasan alternatif mengenai Islam di Malaysia dan mempaparkan realiti umat Islam Malaysia yang pada amnya bersifat kosmopolitan dari abad ke abad hingga ke hari ini. Namun sedemikian, identiti dan tradisi keislaman yang kosmopolitan ini dihadapi dengan pelbagai cabaran yang membawa kepada pemikiran sempit dan juga sistem-sistem dan kelompok yang bersifat picik. Khairudin Aljunied akan memperjelaskan kesan-kesan negatif yang berlarutan kolonialisme, sekularisme, globalisme dan ketidakpekaan terhadap sejarah yang membuat Islam di Malaysia seperti bermasalah secara keseluruhannya.

Pembicara: Prof. Madya Dr. Khairudin Aljunied, Department of Malay Studies, National University of Singapore.
Ucapan Perasmian: YB Zairil Khir Johari Felo Kanan Penang Institute dan Exco Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Pulau Pinang.
Moderator: Mohd Izzuddin Ramli, Penang Institute
Tarikh: 3 Oktober 2019 (Khamis)
Masa: 8:00 malam – 10:00 malam (pintu dibuka 7:30 petang)
Tempat: Dewan Persidangan, Penang Institute

Biodata Pembicara
Dr. Khairudin Aljunied (PhD SOAS, London) merupakan seorang Profesor Madya di National University of Singapore dan Felo Kanan di Alwaleed Centre for Muslim-Christian Understanding, Georgetown University. Bidang kajian beliau termasuklah kosmopolitan agama, gerakan sosial dan sejarah intelektual.

Antara penerbitan terbaharu beliau adalah:

  • Colonialism, Violence and Muslims in Southeast Asia: The Maria Hertogh Controversy and Its Aftermath (Routledge, 2009);
  • Radicals: Resistance and Protest in Colonial Malaya (Northern Illinois University Press, 2016);
  • Muslim Cosmopolitanism: Southeast Asian Islam in Comparative Perspective (Edinburgh University Press, 2016);
  • Hamka and Islam: Cosmopolitan Reform in the Malay World (Cornell University Press, 2018);
  • Islam in Malaysia: An Entwined History (Oxford University Press, 2019).

EVENT HIGHLIGHTS