Past Events
29Jan2021

[Peluncuran Buku] Melayu Pulau Pinang: Di Permatang Zaman dan Perubahan


Tarikh: 29 Januari 2021, Jumaat
Masa: 10.00 am – 11.30 am

Tempat: Webinar (Google Meet)

Pembicara:
1. Prof Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)
2. Izzuddin Ramli (Penyelidik, Program Kajian Sejarah dan Serantau, Penang Institute)

Perantara:
1. Dr Beh May Ting (Penyelidik, Program Kajian Sejarah dan Serantau, Penang Institute)

Mengenali Melayu, kita perlu menelusuri suatu perjalanan sejarah yang panjang. Jatinya tidak hanya hadir dalam riwayat-riwayat sejarah atau dalam surat-surat tinggalan para raja mahupun penjajah. Ruangnya tidak hanya di Nusantara. Menapak ke Tanah Jawa atau Sumatra, atau berlayar ke Filipina, Sri Lanka, Madagaskar sekalipun ke Afrika, kita akan berselisih bahu dengan Melayu. Dalam jejak ini, kita bertemu Melayu sebagai kebudayaan yang rencam, berlapis-lapis makna, wajah, dan citarasa.

Begitu dengan Melayu Pulau Pinang. Berpangkal dan berkembang di pelabuhan entreport utama di rantau ini, Melayu Pulau Pinang lahir dari pelbagai bentuk sentuhan kebudayaan dunia, baik dari Nusantara, Timur Tengah, Asia Timur sehinggalah Eropah. Kekayaan ini menjadikan mereka terkenal dengan sifat terbuka dan progresif.

Perbualan ini mengajak anda untuk menyelak helaian muka surat Buku Melayu Pulau Pinang: Di Permatang Zaman dan Perubahan karangan Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh yang hadir untuk meraikan kepelbagaian identiti Melayu yang ada ini.

SOROTAN ACARA


Dapatkan buku “Melayu Pulau Pinang: Di Permatang Zaman dan Perubahan” pada harga RM 85 (Harga asal: RM 95) di sini.