Past Events
4Jan2019

Melayu-Muslim Pasca Transisi – Ke Mana Arah Mereka?

Melayu-Muslim Pasca Transisi – Ke Mana Arah Mereka?” adalah kajian kualitatif yang ditugaskan kepada Ilham Centre oleh Penang Institute untuk memahami pandangan, pengalaman dan aspirasi masyarakat Melayu-Muslim tentang perubahan tampuk pemerintahan pada 9 Mei 2018 lalu. Sebanyak 18 perbincangan kumpulan sasaran (Focus Group Discussions) yang melibatkan peserta Melayu-Muslim yang berlainan lingkungan umur dan jantina telah dijalankan oleh Ilham Centre di Semenanjung (Utara, Tengah, Selatan, Timur), Sabah and Sarawak dalam tempoh 21 hb Oktober – 21 hb November 2018 .

Soalan-soalan yang dibincangkan termasuklah pentadbiran kerajaan baharu, kos sara hidup dan ekonomi, perlantikan penjawat awam dari pelbagai kaum, kedudukan bahasa Melayu, perkahwinan kanak-kanak dan perihal dosa dan moraliti.

Tarikh: Januari 4, Jumaat
Masa: 8pm–10pm (Pendaftaran bermula dari 7.30pm)
Tempat: Dewan Persidangan, Penang Institute

Pembentang: Dr. Yusri Ibrahim (Felo dan Ketua Penyelidik Ilham Centre)
Ahli Panel: Fathi Aris Omar (Editor, ProjekMM), Latheefa Koya (Pengarah Eksekutif, Lawyers for Liberty), Dr. Wong Chin Huat (Felo, Penang Institute)
Perantara: Mohd Izzuddin Ramli (Penyelidik, Penang Institute)

Tentatif:

8:00-8:10: Ucapan pembukaan oleh Dato’ Dr. Ooi Kee Beng (Pengarah Eksekutif, Penang Institute)
8:10-8:40: Pembentangan Kajian “Melayu-Muslim Pasca-Transisi” oleh Dr Yusri Ibrahim (Felo and Ketua Penyelidikan, Ilham Centre)
8:40-9:30: Perbincangan Panel
9:30-10:00: Sesi soal jawab

EVENT HIGHLIGHTS