Past Events
29Jan2019

Kajian Nadi Melayu: Nilai, Persepsi dan Sentimen Pengundi Melayu-Muslim

Nadi Melayu-Muslim: Nilai, Persepsi dan Sentimen Melayu-Muslim
Forum dianjurkan oleh Penang Institute (Kuala Lumpur)

PRU ke-14 merupakan pilihanraya yang amat bermakna dalam sejarah politik Malaysia. Rakyat bukan sahaja menukar kerajaan persekutuan buat pertama kali, tetapi juga berjaya membina satu keyakinan baharu dalam sebuah demokrasi. Walau bagaimanapun, disebalik kejayaan ini, kita tidak boleh menafikan bahawa ada pelbagai bentuk keresahan yang timbul dalam sebahagian segmen orang Melayu-Muslim terhadap pentadbiran baharu, baik dari ekonomi, sosial, politik, mahupun agama. Jika keresahan ini adalah sesuatu yang nyata, apakah pendekatan-pendekatan yang terbaik bagi memahami orang Melayu-Muslim ini?

Tarikh: Januari 29, Selasa
Masa: 7:45 malam – 10.45 malam
Tempat: The Lounge 37, Level 37, Menara Suezcap 1, Jalan Kerinchi, 59200, Kuala Lumpur

Forum ini akan membentangkan dapatan awal Kajian Nadi Melayu yang dijalankan oleh Ilham Centre dan Penang Institute untuk memahami nilai, persepsi dan sentimen pengundi Melayu selepas PRU ke-14. Kajian ini melibatkan 2,600 responden yang merupakan pengundi Melayu dari seluruh Malaysia dan merangkumi 12 isu utama, termasuklah persoalan berkaitan kerajaan baharu, mobiliti sosial, daya saing, kedudukan ekonomi, agama, nasionalisme, konservatisme, dan radikalisme.

Atur Cara:
20.00 – 20.10 Ucapan alu-aluan oleh Pak Sergio Grassi, Friedrich Ebert Stiftung

20.10 – 20.55 Persembahan dapatan oleh Dr Mohd Yusri Ibrahim, Ilham Centre

20.55 – 21.40 Pandangan oleh ahli-ahli pabel (15 minit setiap ahli)
– Dr Faisal Haziz, UKM
– Cik Dina Zaman, Iman Research*
– Dr Wong Chin Huat, Penang Institute
Dipengerusikan oleh: Mohd Izzuddin Ramli, Penang Institute

21.40 – 22.30 Sesi Soal Jawab dan Pengulungan

Sila daftarkan minat anda di sini. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi sekretariat di enquiry@penanginstitute.org.

*Speaker unable to attend due to emergency and replaced with Dr Lyana Khairuddin, ASLI Centre for Public Policy Studies.

EVENT HIGHLIGHTS