Penang Institute bersama Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat akan mengadakan satu forum tentang krisis di Syria yang bertajuk “KRISIS SYRIA : Percaturan Kuasa Besar atau Peperangan Mazhab“. Forum ini akan mengupas isu-isu semasa di Syria dengan lebih lanjut dan tuntas. Semoga forum ini akan mencelikkan mata dan akal para hadirin terhadap isu sebenar yang berlaku di Syria ini. Tuan/puan dijemput untuk menghadiri forum ini seperti ketetapan di bawah:-
Tarikh : 11 Januari 2017 (Rabu)
Masa : 8.00 mlm (Pendaftaran bermula pada 7.30 mlm)
Tempat : Dewan Penang Institute, No. 10, Jalan Brown, 10350 George Town
Mutakhir ini, dunia kita dikejutkan dengan serangan mendadak terhadap Aleppo yang didalangi oleh Rejim Basyar Assad. Dikatakan krisis Syria ini menjadi parah akibat konflik antara mazhab Sunni dan Syiah yang tidak berkesudahan, ditambah pula dengan pertelagahan kumpulan-kumpulan pelampau seperti pengganas IS (Daesh) dan militant Arshad. Ada juga yang berpandangan bahawa krisis Syria ini adalah kerana percaturan geopolitik untuk kepentingan kuasa-kuasa besar melalui proksi-proksi yang ditaja atau bernaung dibawahnya. Campur tangan kuasa-kuasa asing ini termasuklah Russia, Amerika Syarikat, Iran, Turki dan Arab Saudi, juga mengheret masyarakat Syria yang tidak berdosa ke kancah konflik zon peperangan.
Persoalannya, adakah isu Krisis Syria ini kerana kesan dari percaturan kuasa-kuasa besar yang ingin mendominasi peta politik global atau ianya adalah peperangan mazhab?
Tuan-tuan/ puan-puan yang berminat untuk menghadiri forum ini disarankan untuk mendaftar di sini memandangkan tempat duduk adalah terhad. Sekian, terima kasih.