Past Events

3 May’16 – Maqasid Syariah & Kebebasan Media di Malaysia

maqasid syariah dan kebebasan media

Penang Institute dan G25 bersempenaan dengan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3hb Mei ini dengan berbesar hati menjemput anda ke forum seperti yang berikut:

Tarikh    : 3 Mei 2016 (Selasa)
Masa       : 8.30-10pm
Tempat  : Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

Dalam sebuah masyarakat moden yang mengamalkan sistem demokrasi, media merupakan satu institusi sosial yang memainkan peranan penting sebagai mekanisme mengawasi tindakan Negara khususnya untuk menentukan pemerintah tidak menyalahgunakan kuasa sehingga kepentingan rakyat jelata terancam dan terabai.

Media juga menjadi wadah untuk rakyat meluahkan pandangan mereka terhadap isu-isu yang berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Itulah sebabnya kebebasan media mustahak di dalam sebuah negara yang dikatakan mengamal sistem demokrasi seperti Malaysia untuk membolehkan ianya berfungsi sebagai institusi yang bebas lagi adil.

Ini juga bermakna sekatan terhadap kebebasan akhbar dan bersuara di negara ini, lebih-lebih lagi kebelakangan ini, mendatangkan implikasi dan cabaran yang besar hingga membangkitkan kebimbangan dalam kalangan golongan wartawan, aktivis sosial dan juga orang ramai yang prihatin.

Kehakisan kebebasan media ini juga menimbulkan kesan serius terhadap perkembangan dan perlindungan intelek yang ditekankan oleh Maqasid Syariah. Lantas ini membangkitkan soalan seperti, tidakkah sekatan media ini menjejaskan hak asasi manusia, kebebasan dan keadilan?

AHLI PANEL
Jahabar Sadiq adalah bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) The Malaysian Insider hingga Mac 15, 2016. Beliau menjadi wartawan sejak tahun 1988 dalam media cetak, news wires, TV, radio dan internet.

Masjaliza Hamzah ialah wartawan dan juga seorang aktivis yang pernah menyandang jawatan bendahari bagi Bersih 2.0 (2013-2015).

Chen Shaua Fui merupakan seorang wartawan dari kumpulan media The Edge.

Memandangkan tempat duduk adalah terhad, individu yang berminat diingatkan membuat pendaftaran lebih awal – RUJUK DI BAWAH.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat di talian 04-228 3306.

Online Registration