Past Events

29 Feb’16 – Maqasid Syariah & Demokrasi Tempatan

maqasid syariah demokrasi tempatan

Penang Institute secara berbesar hati menjemput anda ke forum seperti yang berikut:

TARIKH    : 29 Februari 2016 -Monday
MASA         : 8-10pm
TEMPAT    : Bilik Dahlia, Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang

Demokrasi tempatan bermaksud penyertaan penduduk tempatan dalam pentadbiran tempatan termasuk pemilihan Yang diPertua dan Ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan. Ia adalah perkara yang paling asas kerana melibatkan hal-ehwal yang berkaitan dengan kehidupan harian komuniti tempatan. Proses membentuk kerajaan sendiri (self-government) bermula dengan pilihanraya majlis perbandaran di George Town pada 6hb Disember 1951 diikuti oleh bandar-bandar lain. Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada 16hb Februari 1952 melihat pemuafakatan UMNO dan MCA yang seterusnya menjadi asas Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional. Akan tetapi 8 tahun selepas kemerdekaan, pilihanraya tempatan digantung dengan alasan berlakunya Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan dimansuhkan secara rasminya pada 1976. Kuala Lumpur kehilangan bukan saja undi ketiga (kerajaan tempatan) malah undi kedua (kerajaan negeri) apabila ia dipisahkan daripada Selangor dan menjadi Wilayah Persekutuan pada 1hb Februari 1974. Nasib yang sama turut menimpa Labuan pada 16hb April 1984 dan Putrajaya pada 1hb Februari 2001.

Permintaan Kerajaan-kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor untuk memulihkan pilihanraya tempatan telah ditolak secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan tindakan mahkamah oleh Pulau Pinang turut menemui jalan buntu. Ada pihak yang mendakwa bahawa pemulihan pilihanraya tempatan akan merugikan orang Melayu-Muslim sedangkan dalam 43 daripada 49 buah pihak berkuasa tempatan di kawasan bandar di seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, orang Melayu melebihi orang Cina.

Apakah pilihanraya tempatan ini halal daripada perspektif syariah? Sudah tentu tiada pilihanraya tempatan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, akan tetapi intipati syariah bukan pada wasail (mekanisma-mekanisma) tetapi maqasid (tujuan-tujuan)nya. Maka, berpandukan maqasid syariah, apakah demokrasi tempatan itu suatu agenda yang harus didukung atau ditolak?

ATURCARA
8.00-8.30 pm : Pendaftaran
8.30-8.40 pm : Ucapan alu-aluan, YB Zairil Khir Johari, Pengarah Eksekutif Penang Institute
8.40-9.40 pm : Forum
9.40-10.00 pm :  Sesi soal & jawab
10.00pm : Bersurai

Memandangkan tempat duduk adalah terhad, individu yang berminat diingatkan membuat pendaftaran lebih awal – SILA RUJUK DI BAWAH.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat di talian 04-228 3306.

ONLINE REGISTRATION