Penang Institute secara berbesar hati menjemput anda ke forum seperti yang berikut:
TARIKH : 19 Januari 2015 -Selasa
MASA : 8-10pm
TEMPAT : Auditorium MPSP Bandar Perda, Bukit Mertajam
Rasuah tidak dapat disangkal adalah sebuah penyimpangan moral yang membarah dalam masyarakat kita hari ini. Kesakitannya bukanlah perkara yang kecil. Kepercayaan rakyat dikhianati, kuasa disalahgunakan untuk kepentingan peribadi serta wang-wang untuk tujuan kepentingan rakyat diratah hanya untuk dinikmati oleh sebilangan orang. Syed Hussein Alatas, seorang ahli sosiologi, pernah mengemukakan bahawa ketiadaan tiga aspek utama dalam masyarakat, iaitu kepimpinan, iltizam politik yang kukuh serta integriti individu adalah antara punca gejala ini berleluasa.
Melihat kepada masalah yang tidak pernah berkesudahan ini, maka konsep Maqasid Syariah dilihat penting untuk diperkenalkan dan dipopularkan di dalam masyarakat kita. Forum pertama dalam siri ini akan cuba mengupas dan menjawab budaya rasuah serta isu-isunya dengan menggunakan kerangka Maqasid Syariah. Antara persoalan utama yang bakal dibangkitkan dan diolah oleh para ahli panel dalam forum ini ialah skandal 1MDB yang telah menjadi tanda tanya serta keluhan rakyat jelata yang turut merasakan impak kontroversi ini dalam kehidupan seharian mereka.
ATURCARA
8.00-8.30 pm : Pendaftaran
8.30-8.40 pm : Ucapan alu-aluan, Dr Wong Chin Huat, Felo Penang Institute
8.40-9.40 pm : Forum
9.40-10.00 pm : Sesi soal & jawab
10.00pm : Bersurai
Memandangkan tempat duduk adalah terhad, individu yang berminat diingatkan membuat pendaftaran lebih awal – Sila klik di sini, atau rujuk di bawah
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat di talian 04-228 3306.
Online Registation