Past Events

8 Aug’15 – Festival P.Ramlee 2015 – Citra Agama Dalam Seni P.Ramlee

forum p ramlee 2015 banner

Penang Institute secara berbesar hati menjemput anda ke Forum P.Ramlee seperti yang berikut:

Tarikh: 8 Ogos 2015- Sabtu
Masa: 8.30-10.30pm (Pendaftaran pada pukul 8pm)
Tempat: The Light Hotel -Seberang Jaya, Penang

Selain kreatif dalam mengangkat persoalan-persoalan keadilan sosial, politik, pendidikan malah cinta, P. Ramlee juga adalah seorang budayawan yang turut hebat dalam menyuntik persoalan agama dalam karya-karyanya. Agama bagi P. Ramlee bukanlah suatu alat untuk mencandu sekaligus melemahkan pemikiran, sebaliknya ia menjadi pemicu dalam membangun dan menggerakkan kemajuan masyarakat. Dalam erti kata lain, agama yang dibayangi oleh P. Ramlee adalah agama yang bersifat progresif dan bukan memundurkan.

P. Ramlee adalah seniman agung yang mendahului zamannya. Tema-tema agama di awal perkembangan industri filem di Tanah Melayu (kemudiannya Malaysia) amat jarang sekali disentuh oleh pembikin-pembikin filem sezaman yang lain. Namun, P. Ramlee telah mengambil langkah yang lebih ke depan. Beliau mampu melihat kelebihan dan keunikan agama dalam menggerakkan masyarakatnya kemudian digarap dalam filem. P. Ramlee juga berani dan secara halus mengkritik sebarang kepincangan yang dilakukan oleh para agamawan pada waktu itu.

Citra-citra agama yang ditonjolkan dalam karya-karyanya juga sangat sederhana walaupun dalam konteks waktu itu, agama yang diajarkan dan dianut secara umum sangat tradisional dan konservatif. P. Ramlee menonjolkan sifat-sifat agama yang sesuai untuk dianut dalam suasana masyarakat yang rencam kaum, budaya dan cara hidup. P. Ramlee perlu dikenali tidak hanya sebagai seorang penghibur, malah turut sesuai digelar sebagai seorang pendakwah.

Memandangkan tempat duduk adalah terhad, individu yang berminat diingatkan membuat pendaftaran lebih awal.

Untuk sebarang pertanyaan, sila emel ke secretariat@penanginstitute.org.

Online Registration