Past Events

28 – 30 March’14 – Festival P. Ramlee Pulau Pinang 2014

festival-p-ramlee-2014

28 – 30 Mac 2014, Kampung Melayu, Air Hitam, Pulau Pinang

Kesinambungan dari Festival P. Ramlee Pulau Pinang Pertama yang telah berlangsung dari Disember 2012 hingga Januari 2013, Penang Institute sekali lagi akan menganjurkan Festival P. Ramlee Pulau Pinang 2014 pada 28 – 30 Mac 2014. Kampung Melayu, Air Itam telah dipilih sebagai tuan rumah bagi festival tahun ini. Festival ini bertujuan memartabatkan karya seni lagenda P. Ramlee dan meraikan bakat penggiat seni di Pulau Pinang.
 
Festival ini turut dijayakan dengan kerjasama penuh dari ADUN Air Itam, Majlis Pembandaran Pulau Pinang (MPPP), JKKK Kampung Melayu, Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan Radio Penang FM. Penang Institute ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Wong Hon Wai dan Syarikat minuman Hi-Top Tea kerana berbesar hati untuk menaja festival yang bermakna ini.

Bagi memeriahkan lagi festival ini, Penang Institute berbesar hati menjemput tuan/puan ke festival seperti berikut:

TAJUK: Festival P. Ramlee Pulau Pinang 2014
TARIKH: 28 hingga 30 Mac 2014
TEMPAT: Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang

Aturcara program boleh didapati di sini. Pihak Penang Institute juga ingin menjemput para peminat dan pencinta seni dan budaya dari seluruh pelusuk negara untuk menghadiri dan menjayakan acara khas ini yang bertujuan untuk meraikan seorang tokoh yang berjasa dalam meletakkan batu asas bidang seni tanahair.

Sila klik di rangkaian-rangkaian berikut bagi borang pendaftaran:

  1. Forum Nusantara
  2. Pertandingan Karaoke Lagu P. Ramlee / Saloma
  3. Pertandingan Tiru Gaya P. Ramlee
  4. Senamrobik (Versi P. Ramlee & Saloma)
  5. Pertandingan Pesta Rakyat:

 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Mac 2014, 6.00 petang. Individu yang berminat dikehendaki membuat pendaftaran lebih awal memandangkan bilangan peserta bagi setiap acara adalah terhad.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi En. Firdaus (Penang Institute) di talian 017-3526912/ e-mel: firdaus.zolkifli@penanginstitute.org, En. Farouk (JKKK Kampung Melayu) di talian 013- 4007033,  En. Tarmizi (Persatuan Sahabat Belia) di talian 019 -4617872.