Past Events
8Aug2019

Setelah 9 Mei 2018: Masa Depan Bangsa Malaysia

Tarikh: 8 Ogos 2019
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Pendaftaran: Adalah dimaklumkan bahawa acara ini terbuka kepada semua. Pendaftaran awal tidak diperlukan.
Untuk maklumat lanjut: Hubungi Naratif Malaysia, Dr. Ramze Endut (016-320 3000)

Abstrak

Peralihan struktur kepimpinan politik tanahair pada 9 Mei 2018 menjadi suatu peristiwa bersejarah dalam catatan politik negara. Peralihan ini bukan sahaja menandakan perubahan parti politik, akan tetapi, lebih daripada itu, turut menandakan peralihan paradigma baharu politik negara. Dengan aspirasi melawan rasuah, menegak keadilan, membuka ketelusan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberi harapan baharu kepada masa depan Malaysia: sebuah negara moden dengan terasnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, harapan yang muncul ini bukan sahaja berkait dengan persoalan pengurusan dan pentadbiran negara, malah, ia turut memberi nafas segar kepada gagasan Bangsa Malaysia yang hampir 30 tahun telahpun berkumandang. Bangsa Malaysia—yang merupakan gagasan cetusan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berselari dengan Wawasan 2020—hampir dilupakan. Persoalannya, apakah nasib gagasan Bangsa Malaysia setelah 9 Mei 2018. Persoalan menarik ini perlu ditangani serentak dengan persoalan-persoalan berikut:

  • Adakah gagasan Bangsa Malaysia ini masih lagi releven dengan konteks negara dewasa ini?
  • Apakah kelemahan yang terdapat dalam gagasan umum Bangsa Malaysia selama ini?
  • Adakah gagasan Bangsa Malaysia boleh direalisasikan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH)?
  • Berdasarkan senario kebangkitan konservatisme kaum dan agama mutakhir ini, apakah gagasan Bangsa
  • Malaysia sebenarnya sedang berdepan dengan cabarannya yang paling besar?
  • Apakah nilai tambah yang boleh ditawarkan oleh PH dalam mengukuhkan lagi gagasan Bangsa Malaysia?

Biodata

Dr. Chandra Muzaffar merupakan seorang ahli akademik, intelektual dan aktivis hak asasi manusia, selain turut terlibat aktif dalam dialog antara peradaban. Sepanjang menjadi aktivis sarjana, beliau pernah ditahan di bawah ISA pada tahun 1987. Manakala dalam kegiatan berpersatuan, beliau merupakan pengasas NGO Aliran dan Presiden (1977-91), Presiden JUST (1991 – sekarang) serta mantan Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (keADILan). Antara bukunya yang penting ialah Universalism of Islam (1979), Islamic Resurgence in Malaysia (1987), Human Rights and the New World Order (1993) dan Alternative Politics for Asia: A Buddhist-Muslim Dialogue (1999). Dr. Chandra Muzaffar memperoleh anugerah the Rockefeller Social Science Fellowship (1984–85) dan the Harry J. Benda Prize (1989).

*Please note that this lecture will be conducted in the Bahasa Malaysia language