Past Events
3Dis2021

#SEMBANG: Perihal “Kebudayaan” Malaysia

Tarikh dan masa: 3 Disember 2021 (Jumaat), 8.30 malam
Lokasi: Aplikasi Clubhouse
Sertai perbualan: https://bit.ly/perihalkebudayaan

Tahun ini adalah ulang tahun ke 50 Dasar Kebudayaan Kebangsaan, sebuah dasar yang diwujudkan untuk menguruskan hal ehwal kebudayaan negara. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya baru-baru ini memperkenalkan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN). Matlamatnya tidak jauh beza: memastikan kelestarian budaya terus terjamin. Namun, budaya sangat cair dan rumit sifatnya. Kita bertanya: apakah yang terjadi ketika negara sudah campur tangan dan sibuk menguruskan hal ehwal budaya kita?

Pembicara: Eddin Khoo, Pengasas-Pengarah PUSAKA

Pengantara: Izzuddin Ramli

Ikuti kelab kami di Clubhouse: Penang Institute

Dengar perbualan penuh di sini: