Past Events

31 Oct’15 – Forum Celik Politik 2.0 – Bajet: Teori vs Realiti

forum celik politik2

Penang Institute bersama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan satu siri forum yang bertajuk FORUM CELIK POLITIK yang akan diadakan seperti butiran di bawah:-

Tarikh: 31 Oktober 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 malam – 10.00 malam
Tempat: Dewan Bankuet, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Lebuh Light, George Town
 
Siri forum ini bermatlamat untuk memperkenalkan fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta peranan Ahli Dewan Undangan Negeri sama ada “backbencher” ataupun pembangkang kepada orang ramai. Di samping itu, siri forum ini juga bertujuan untuk menyediakan ruang interaksi di antara DUN serta rakyat jelata. Forum ini juga bertujuan untuk menjadi satu pelantar untuk membolehkan interaksi antara DUN serta rakyat jelata.

Forum Celik Politik kedua dalam siri ini bertajuk “Bajet: Teori vs Realiti” dan akan dibahaskan oleh YB Tony Pua dan YB Rafizi Ramli dalam Bahasa Malaysia. Pengumuman Bajet negara adalah sesuatu yang dijangka oleh rakyat pada setiap tahun. Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, Bajet 2016 merupakan bajet yang paling sukar dibentangkan kerana keadaan ekonomi semasa, ditambahkan pula dengan harga minyak yang semakin berkurangan. Dengan pengumuman Bajet 2016 baru-baru ini oleh Perdana Menteri, forum ini akan memisahkan teori dan realiti bajet.

Sertailah kami untuk memahami bajet dengan lebih mendalam, di Forum Celik Politik 2.0. Sila klik di sini, atau rujuk di bawah untuk pendaftaran.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Dewan Undangan Negeri (04-2299600) atau Penang Institute (04-2283306).

Online Registration