Past Events

17 May’14 – Forum Nusantara ke – 9: Bahasa Jiwa Bangsa atau Bahasa Jiwa Kuasa?

forum-nusantara9

Forum Nusantara merupakan siri forum anjuran Penang Institute yang berusaha untuk merayakan wacana mengenai sosio-budaya, identiti, pembinaan negara bangsa serta beberapa tema yang terkait dengan Nusantara dalam kalangan masyarakat.
 
Butiran lanjut tentang Forum Nusantara ke – 9  adalah seperti di bawah:

Tajuk : Bahasa Jiwa Bangsa atau Bahasa Jiwa Kuasa?
Tarikh : 17 Mei 2014
Tempat : Bilik Seminar Dewan Raja Muda Musa, Tingkat 1, Kompleks Belia
                   Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam
Masa : 8 pm – 11 pm

Sila klik di sini untuk mendaftar.

Abstrak
 
Survival bahasa bukan sekadar bahasa apa yang perlu digunakan dalam sesebuah sistem, tetapi bagaimana sesuatu bahasa itu dapat digunakan dan berkembang bebas dari kekuasaan politik pemerintah. Dalam usaha kerajaan mengangkat Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan melalui Perkara 152 dalam Perlembagaan, terdapat banyak tindakan paradoks yang melambatkan perkembangan Bahasa Malaysia.
 
Contoh tindakan yang melambatkan perkembangan Bahasa Malaysia ialah pengharaman buku Asal Usul Spesies (2002) terjemahan F Susilohardo dan Basuki Hernowo oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia sedangkan buku The Origin of Species (1859) dibenarkan dijual di Malaysia. Tindakan pengawalan bahasa oleh kerajaan bukan sahaja mematikan bahasa kerana diharamkan untuk diwacanakan oleh warganegara bukan Melayu, malahan dilihat sebagai usaha untuk mengawal wacana agama supaya selari dengan wacana negara.
 
Maka, forum ini diadakan bertujuan untuk membahaskan sejauh mana kawalan kerajaan melalui media dan agensi kerajaan terhadap perkembangan Bahasa Malaysia dan kesannya terhadap gaya berfikir dan budaya masyarakat. Forum ini juga bertujuan membahaskan sejauh mana keberkesanan karya atau media alternatif dalam usaha melawan hegemoni bahasa kerajaan serta perkembangan demokrasi bahasa di Malaysia.
 
Moderator:
 
Wan Hamidi Hamid adalah seorang penulis dan bekas wartawan yang telah berkecimpung dalam dunia pemberitaan selama lebih 20 tahun. Beliau pernah berkhidmat dengan Berita Harian, The Star, The Sun dan New Straits Times. Kini beliau adalah penasihat kepada laman web Roketkini.com.
 
Panelis:
 
Prof.Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh merupakan penerima Sasterawan Negara pada tahun 1991, masih aktif dalam penulisan akademik dan kreatif. Beliau telah menghasilkan 15 koleksi puisi, 5 buah antologi sastera Malaysia dan 12 buah buku kritikan/teori dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hasil terjemahan beliau termasuklah 11 buah buku bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Dr Mustafa Kamal Anuar merupakan Felo Bahagian Nusantara, Penang Institute dan juga penganalisis media.
 
Pauline Fan merupakan kolumnis Malaysiakini di samping giat dalam kerja penyuntingan dan penterjemahan. Antara buku yang telah disunting oleh beliau ialah The Allah Controversy and Other Essays on Malaysian Hypermodernity (2013) dan antara buku terjemahan beliau ialah Nathan Yang Bijak (2007) dan Apa itu Pencerahan? (2006). Beliau juga pernah bergiat sebagai penyelaras projek seni di Pentas Seni Pusaka dan kini aktif sebagai penulis bebas.
 
Faisal Tehrani merupakan seorang novelis dan juga merupakan felo penyelidik di Institut Kajian Alam dan Tamadun Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara novel terkenal beliau ialah Cinta Hari-Hari Rusuhan (2000), 1515 (2003), Bedar Sukma Bisu (2007) dan Tuhan Manusia (2007). Dua buah novel beliau, Perempuan Nan Bercinta (2011) dan Sebongkah Batu (2006) serta drama pentas bertajuk Karbala (2008) telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Aturcara Program:


7.30-8.00 pm : Pendaftaran

8.00-8.05 pm : Ucapan alu-aluan oleh YB Zairil Khir Johari, Pengarah Eksekutif, Penang Insitute

8.05-8.15 pm : Ucapan pembukaan oleh Dr Mustafa Kamal Anuar, Felo  Bahagian Nusantara, Penang Institute                   

8.15-9.00 pm : Forum Nusantara: Bahasa Jiwa Bangsa atau Bahasa  Jiwa Kuasa?

Moderator
Wan Hamidi Hamid

Panelis
Prof Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh
Dr Mustafa Kamal Anuar
Pauline Fan
Faisal Tehrani

9.00-11.00 pm : Sesi Soal Jawab

11.00 pm : Bersurai


Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16 Mei 2014. E-mel pengesahan pendaftaran akan dihantar pada 16 Mei 2014. Memandangkan tempat duduk adalah terhad, individu yang berminat diingatkan membuat pendaftaran lebih awal.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Kanchana di talian 04-228 3306 samb. 204.