Tokoh bahasa, Prof Awang Sariyan yang juga mantan penyandang Kerusi Pengajian Melayu di China dalam nada yang sama menghuraikan Bahasa Melayu harus dilihat dengan kaca mata yang luas, bahasa mahawangsa, dan bukan bersifat parokial semata sehingga tokoh orientalis Belanda, Francois Valentijn menyebutnya "bahasa yang wajib dipelajari" setaraf dengan bahasa Latin. Prof Madya Dr Alinor Abdul Kadir, seorang ahli etno-matematik yang tekun menggali semula sains di alam Melayu membentangkan bahasa Melayu seawal abad ke-2 Masihi bukan hanya bahasa pengantar malah bahasa pengungkapan ilmu. Ertinya, alam Melayu ini sendiri telah membangunkan sainsnya sebagaimana bangsa Eropah, dan usaha menyusun kembali khazanah tamadun ini harus digerakkan secara sistematik. Prof Dr Ding Choo Ming, penyelidik kanan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dengan baik memetakan kegiatan penerbitan dan percetakan di Pulau Pinang dahulu yang bukan hanya diusahakan oleh orang Melayu. Chan Kim Boon, seorang pengarang Cina seawal tahun 1851, telah menterjemahkan banyak karya klasik China ke bahasa Melayu, antaranya Sam Kok (1894). Dan kini, antara yang dikenali menyusun kamus Melayu-Cina ialah Yang Quee Yee.
Pengalaman Pulau Pinang ini adalah bukti jelas bahawa bahasa Melayu bukan hanya berfungsi sebagai alat komunikasi harian. Bahasa juga penting untuk membentuk rasa kebersamaan sebagai sebuah bangsa; bangsa Malaysia. Jika kita terus dengan faham kebangsaan yang sempit, bahasa Melayu akan hilang pengertian kebangsaannya. Siri bulanan Forum Nusantara ini merupakan bukti komitmen kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memartabatkan bahasa Melayu. Bertitik-tolak daripada ini, akan ada banyak lagi forum awam, seminar, dan syarahan umum berkenaan bahasa dan kebudayaan Melayu bagi menempatkan kembali peranan Pulau Pinang sebagai pusat kegiatan kebudayaan dan intelektual Nusantara.

Puan Maimunah Shariff, YDP MPSP selaku tuan rumah menyampaikan ucapan alu-aluan

Sdr. Zairil Khir Johari, Ahli Lembaga Pengarah Institut Pulau Pinang (Penang Institute) menyampaikan ucapan selaku penganjur

YB Dato’ Mansor Hj.Othman menyampaikan ucaptama pada program tersebut

Barisan panelis tersohor sedang membincangkan tajuk forum dengan mendalam (dari kiri:Prof Ding Choo Ming, Sasterawan Negara Prof. Muhammad Hj Salleh, Prof. Awang Sariyan dan Prof. Madya Dr. Alinor Abdul Kadir)
Related Article
Bahasa Melayu Bahasa Kosmopolitan - ucapan Sdr. Zairil Khir Johari





Facebook
Twitter
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Wikio





