Penang Institute amat bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah untuk menyambut dan mengurus kunjungan hormat Wali Kota Medan dan Delegasi Forum Umat Beragama ASEAN ke Pulau Pinang. Delegasi yang berjumlah 42 orang itu diraikan dengan dua acara utama iaitu, kunjungan hormat delegasi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Majlis Jamuan Makan Malam Muhibbah pada malam harinya.
Acara lawatan rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah dimanfaatkan oleh pihak tetamu dan tuan rumah acara dengan sebaik-baiknya. Majlis yang berlangung selama sejam setengah bermula dari jam 4.30 petang itu telah Berjaya mempererat ikatan Pulau Pinang dan Medan. Yang pertama berucap pada petang tersebut adalah Sdr. Zairil Khir Johari, Ahli Lembaga Pengarah Penang Institute, disusuli oleh YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar merangkap Ketua Forum Umat Beragama ASEAN, kemudian diikuti oleh Drs. Rahudman Harahap MM, Wali Kota Medan dan ditutup oleh tuan rumah acara, YB Dato’ Haji Abdul Halim Hussain, Speaker DUN Pulau Pinang. Antara intipati para pengucap adalah mengharapkan hubungan baik antara Pulau Pinang Medan akan terus ditingkatkan, menyentuh juga akan perkembangan diskusi antara agama dan kesediaan untuk mengadakan kerjasama pada masa akan datang.
Acara pada sebelah malam pula bersifat sedikit santai dengan Penang Institute menjadi tuan rumah kepada sebuah makan malam untuk meraikan delegasi tersebut di Chinese Muslim Restaurant (CMR), Bayan Baru. Turut hadir pada malam itu adalah YB Datuk Haji Abdul Halim Hussain, Speaker DUN Pulau Pinang dan Tuan Haji Mohamad Yusuf Mohamad Nor, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Berucap mewakili delegasi Indonesi, Prof. Dr. Sharin Harahap MA telah menekankan akan peripenting hubungan baik antara Indonesi dan Malaysia terus diperkukuh demi menjamin kerukunan dalam hidup beragama bagi seluruh umat di rantau ini. YB Liew Chin Tong, Pengarah Eksekutif Penang Institute menyambut ucapan itu dengan baik dan menyatakan kesediaan Penang Institute untuk terus menjalin kerjasama dengan delegasi ini pada kesempatan yang lain. Majlis ditutup dengan ucapan penghargaan daripada ketua delegasi, YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Speaker DUN Pulau Pinang.

Sdr. Zairil Khir Johari berucap mewakili Penang Institute

Sdr. Zairil menyampaikan cenderamata dari Penang Institute kepada Wali Kota Medan

Para tetamu bergambar kenang-kenangan bersama YB Dato’ Speaker

YB Liew Chin Tong menyampaikan ucapan alu-aluan di jamuan makan malam

Para tetamu bergambar kenang-kenangan bersama YB Liew Chin Tong





Facebook
Twitter
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Wikio





