Press Releases

Press Statement – Islam Liberalism and Illuminati

Media statement by Penang Institute

20 JANUARY 2017 | GEORGE TOWN, PENANG

Penang Institute is proud to have organised countless programmes on Islam and Muslims in the past few years, featuring speakers from a wide range of backgrounds including Prof Tariq Ramadan, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Dr Syed Farid Al-atas, Dr Anas at-Tikriti, Ahmed Keeler, Dr Chandra Muzaffar, Prof James Piscatori, Dr Maszlee Malik, Dr Nader Hashemi, Mustafa Akyol, Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid and Dr Azhar Ibrahim.

Given the importance of Islam and Muslims in Malaysia, it is only right for a think tank funded with state fund to organise intellectual discourse on this topic alongside others. We categorically reject any suggestions to side-line or “leave out” Islam and Muslims in our programmes because Islam and Muslim are an integral part of Penang. Historically, Penang played an important role in the transformation of Islamic thoughts as a key base of the Kaum Muda. Just like the Penang State Government’s generous fiscal support for Islamic and Muslim institutions, Penang Institute’s programmes on Islam and Muslims are part of the state’s commitment of an inclusive Penang.

Unsurprisingly, we have been attacked by some quarters for supporting and promoting intellectual discourses on Islam and Muslims. For all who are concerned, let us offer an analysis of charges and allegations against us. We are attacked for three reasons.

First, we feature Islam and Muslims from a universal rather than sectarian angle. We categorically reject the antagonistic or segregationist world views that Muslims and non-Muslims live in separate worlds that at best Muslims should be protected by segregation and at worst Muslims and non-Muslims have to engage each other in bitter and zero-sum competitions.

Second, we believe in reason instead of dogmatism. We seek essences rather than forms. Hence, we organise forums on Maqasid Syariah, the higher purposes of Syariah. We believe Muslims’ quest for a more religious way of life and the universal ideals of democracy, human rights and rule of law can converge if we focus on essences instead of forms.

Third, we believe in diversity and personal choices. Hence, we seek dialogues instead of monologues. We never pretend that we have any monopoly or unquestionable authority of knowledge on any matter. Rather, we seek to understand more, ask relevant questions and are prepared to be corrected on any matter we study. If we are seen to have asked too many questions and sought various answers, that is because we have to be humble and inquisitive. That attitude is in fact what every research institute should and must have.

Do all these make Penang Institute “liberal”? Let us unpack the word “liberalism” and some quarters’ ideological holy war against it.

First and foremost, we must allow all ideologies and discourses to be articulated, scrutinised and challenged as long as these are done peacefully, rationally and rigorously. Only then, we can make informed choices at personal and collective levels and forge a progressive, developed and scientific nation. There is absolutely no reason for us to fear any ideas and thoughts that employs no coercion. As aptly put by the Malay proverb, “berani kerana benar, takut kerana salah.” If we know that we are right, why should we fear intellectual engagement?

Second, the attack on liberalism is in fact a thinly-disguised attack on the modern world order much shaped by the Enlightenment Movement in 18th Century which promotes reason as the primary source of authority and legitimacy. Stemming from rejection of tyranny, liberalism has enriched the world with the ideas, institutions and practices of freedom of speech, freedom of religion, property right, rule of law, and other liberties. These are now part of the contemporary world order of democracy, market economy and science. While none of them is sacred and beyond critique, where would a blanket demonization of “liberalism” lead us to? Are we going to be a hermit kingdom like North Korea, only decorated with religious fervour?  

Thirdly, if our approach to Islam and Muslims that promotes peaceful co-existence, reason and diversity is seen as inspired by Western liberal thoughts, allow us to share our other inspiration:

“And had your Lord willed, those on earth would have believed – all of them entirely. Then, [O Muhammad], would you compel the people in order that they become believers? And it is not for a soul to believe except by permission of Allah, and He will place defilement upon those who will not use reason.” (Surah Yunus: 99-100)

Reason and respect for diversity are an integral part of Islam. That was why the Ancient Greek philosophical thoughts were preserved by Muslims when the Christian Europe was still caught in its Dark Ages. Many ideas widely misunderstood as exclusively Western have much influence from the Muslims.

We at Penang Institute believe that Islam is cosmopolitan and can be the civilisational basis of Malaysia’s diverse society with its promise of “rahmatan lil alamin” (blessing to the universe). We will continue to promote intellectual engagement on Islam and Muslims in our pursuit of an inclusive, rational and plural Malaysia.

We welcome our detractors to engage us in forums or through scholarly endeavours. We are only humans and stand to be corrected by advancement in knowledge. We however would not respond to conspiracy theorists’ fantasies that seek to associate us with any imaginary villains, whether it is Martians, Hydra, or, the Illuminati whose myth is debunked even in Dan Brown’s novels.

Dr. Mustafa Kamal Anuar
Head of the Nusantara Studies,
Penang Institute


Kenyataan media oleh Penang Institute

20 JANUARI 2017 bersamaan 21 Rabiul Akhir 1438 H | GEORGE TOWN, PULAU PINANG

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, Penang Institute telah banyak menganjurkan program berkenaan Islam dan masyarakat Muslim dengan menghadirkan penceramah-penceramah dari pelbagai latar belakang termasuklah Prof Tariq Ramadan, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Dr Syed Farid Al-atas, Dr Anas at-Tikriti, Ahmed Keeler, Dr Chandra Muzaffar, Prof James Piscatori, Dr Maszlee Malik, Dr Nader Hashemi, Mustafa Akyol, Prof Abdullahi Ahmed An-Naim, Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dan Dr Azhar Ibrahim.

Memandangkan pentingnya kedudukan agama Islam dan masyarakat Muslim di Malaysia, adalah wajar bagi institut penyelidikan yang dibiayai oleh dana kerajaan negeri ini mewujudkan wacana intelektual seputar topik ini dan juga topik-topik lain. Kami jelas sekali menolak apa sahaja cadangan atau suara untuk meminggirkan atau “mengabaikan” Islam dan Muslim dalam program-program kami kerana Islam dan Muslim, tidak dapat dinafikan, merupakan sebahagian yang penting bagi Pulau Pinang. Secara sejarah, Pulau Pinang memainkan peranan yang besar dalam proses pentransformasian pemikiran-pemikiran Islam, dengan Kaum Muda sebagai penggerak terawal proses ini. Sepertimana sokongan tidak berbelah bahagi dalam bentuk kewangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap institusi-institusi Islam, program-program Penang Institute berkenaan Islam juga merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri.

Walaupun demikian, kami diserang oleh sebahagian pihak kerana menganjur dan mempromosikan wacana-wacana intelektual berkenaan Islam dan Muslim. Di sini kami berikan analisis berkenaan dakwaan-dakwaan dan tuduhan-tuduhan yang dilontarkan terhadap kami. Secara umumnya, kami diserang kerana tiga sebab.

Pertama, kami menonjolkan Islam dan masyarakat Muslim dari sudut yang universal dan bukannya sektarian. Kami menolak cara pandangan permusuhan (antagonistic) dan berbentuk pemisahan bahawa masyarakat Muslim dan bukan-Muslim hidup di dalam dunia atau ruang yang berasingan serta sebaiknya orang Islam perlu dilindungi melalui pemisahan dan pada tahap paling buruk orang Islam dan bukan Islam perlu bergaul antara satu sama lain dalam suasana yang pahit dan bersaingan.

Kedua, kami percaya kepada taakul atau akal (reason) dan bukannya dogmatisme. Kami lebih mementingkan intipati lebih dari sekadar bentuk. Oleh kerana itulah kami menganjurkan forum-forum berkenaan Maqasid Syariah, maksud atau tujuan tertinggi Syariah. Kami juga percaya perkelanaan masyarakat Islam untuk mencari jalan hidup yang lebih beragama dan bentuk ideal demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang boleh didampingkan bersama jika kita menumpukan kepada intipati dan bukannya bentuk.

Ketiga, kami percaya kepada kepelbagaian dan pilihan peribadi. Oleh kerana itu kami menggalakkan dialog berbanding monolog. Kami tidak pernah berpura-pura bahawa kamilah yang memiliki monopoli atau kewibawaan mutlak terhadap ilmu dalam apa sahaja perkara. Sebaliknya, kami berusaha untuk memahami dengan lebih banyak, mempertanyakan soalan-soalan yang relevan dan bersedia untuk ditegur dan dibetulkan dalam apa sahaja perkara yang kami pelajari. Jika kami dilihat banyak mempersoal dan mencari pelbagai jawapan, itu adalah kerana kami perlu bersikap rendah diri dan ingin tahu. Malah, sikap sedemikian perlu dan semestinya ada bagi setiap institut penyelidikan.

Adakah semua perkara ini menjadikan Penang Institute “liberal”? Mari kita teroka istilah “liberalisme” serta penentangan sesetengah pihak terhadapnya.

Pertama sekali, kita harus memberi laluan terhadap kesemua ideologi dan wacana untuk diartikulasikan, diteliti dan dicabar asalkan kesemua ini dilakukan secara aman, rasional dan rapi. Hanya dengan cara itu kita dapat melahirkan pilihan-pilihan yang termaklum pada peringkat peribadi serta kolektif dan mewujudkan bangsa yang progresif, maju dan santifik. Tidak ada sebab untuk kita takut kepada apa-apa idea dan pemikiran yang tidak berbentuk paksaan. Sepertimana peribahasa indah Melayu, “berani kerana benar, takut kerana salah.” Jika kita sedar bahawa kita benar, untuk apa kita perlu takut dengan wacana intelek?

Kedua, serangan terhadap liberalisme sebenarnya merupakan serangan berselindung nipis terhadap tatanan dunia moden yang banyak dibentuk oleh Gerakan Pencerahan pada Abad ke-18 yang menggalakkan taakul (reason) sebagai asas utama autoriti dan keabsahan. Bermula dengan penolakan terhadap kezaliman, liberalisme telah membangunkan dunia dengan idea-idea, institusi-institusi dan amalan-amalan kebebasan bersuara, kebebasan beragama, hak memiliki harta, kedaulatan undang-undang dan kebebasan-kebebasan lain lagi. Perkara-perkara ini merupakan sebahagian daripada tatanan dunia semasa yang menjunjung demokrasi, ekonomi pasaran bebas dan sains. Sementara tidak ada satupun daripadanya suci dan bebas daripada kritikan, ke manakah fitnah dan pemomokan terhadap “liberalisme” ini akan membawa kita? Adakah kita akan menjadi negara tertutup seperti Korea Utara yang hanya dihiasi dengan keghairahan agama?

Ketiga, jika pendekatan kami terhadap Islam dan masyarakat Muslim yang menggalakkan keberadaan bersama secara aman, taakul (reason) dan kepelbagaian dilihat sebagai diilhami dari pemikiran-pemikiran liberal Barat, mari kami kongsikan inspirasi kami yang lain:

“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya. Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.” (Surah Yunus: 99-100)

Akal dan penghormatan terhadap kepelbagaian adalah bahagian penting dalam Islam. Oleh sebab itulah pemikiran falsafah Yunani Purba dipelihara oleh orang Islam ketika umat Kristian Eropah masih terperangkap di dalam Zaman Kegelapan. Banyak idea yang disalahfahami sebagai berasal daripada Barat sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar dari masyarakat Islam.

Kami di Penang Institute percaya bahawa Islam adalah bersifat kosmopilitan dan boleh menjadi asas ketamadunan masyarakat Malaysia yang pelbagai dengan janji “rahmatan lil alamin” (rahmat kepada seluruh alam). Kami akan terus menggalakkan wacana intelektual berkenaan Islam dan masarakat Muslim dalam usaha kami untuk mewujudkan negara Malaysia yang inklusif, rasional dan majmuk.

Kami mengalu-alukan para pengkritik kami untuk bersama-sama kami di dalam forum-forum atau pelbagai ruang-ruang ilmiah lain. Kami hanyalah insan dan sedia untuk diperbetulkan melalui pemajuan ilmu. Walau bagaimanapun, kami tidak akan melayan fantasi-fantasi ahli-ahli teori konspirasi yang cuba untuk mengaitkan kami dengan mana-mana musuh-musuh khayalan, baik ianya makhluk-makhluk dari planet Marikh, Hidra ataupun Iluminati yang mitosnya telah dibuktikan palsu sekalipun dalam novel-novel Dan Brown.

Salam.

Dr. Mustafa Kamal Anuar
Ketua Bahagian Kajian Nusantara,
Penang Institute