Past Events

22 Oct’16 – Aktivisme Politik: Protes Jalan Raya atau Parti Politik?

aktivisme politik

Penang Institute dengan bangganya ingin menjemput orang ramai untuk menghadiri forum di bawah siri Wacana Intelek pertama yang bertajuk “Aktivisme Politik: Protes Jalan Raya atau Parti Politik?“. Siri Wacana Intelek ini akan cuba untuk mengupas pelbagai isu semasa baik dalam aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Tuan/puan dijemput untuk menghadiri forum ini seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh    : 22 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa      : 8.00 mlm (Pendaftaran bermula pada 7.30 mlm)
Tempat  : Dewan Penang Institute, No. 10, Jalan Brown, 10350 George Town

Antara syarat penting dalam sesebuah negara yang demokratik adalah wujudnya warganegara yang aktif. Aktif bermaksud warganegara dengan segala haknya terlibat dalam pelbagai peringkat untuk memastikan proses demokrasi berjalan dengan baik. Hal ini termasuklah penglibatan dalam proses pilihan raya, penyertaan dalam badan-badan bukan kerajaan, penyertaan dalam parti politik mahupun aktif dalam kempen-kempen atau protes-protes di jalan raya. Secara falsafahnya, warganegara yang aktif merujuk kepada rakyat bagi sesebuah negara-bangsa mempunyai peranan-peranan dan tanggungjawab tertentu terhadap masyarakat dan persekitarannya.
 
Dalam konteks anak muda di Malaysia pada hari ini, peranan mereka dalam arena politik negara juga tidak terkecuali dan tidak boleh dipandang ringan. Hal ini kerana, anak muda dianggap sebagai pelapis kepimpinan dan juga penentu masa depan negara. Namun demikian, terdapat fenomena menarik yang dapat dilihat iaitu anak muda mula mengambil saluran yang pelbagai dalam menyertai politik. Antara yang paling utama adalah melalui protes jalan raya dan juga melalui parti politik.

Forum ini akan mengupas isu aktivisme politik anak muda dengan cuba merungkai apakah motivasi-motivasi yang menyebabkan anak muda memilih dua saluran penyertaan politik utama ini dan apakah kedua-dua saluran ini berpotensi dalam membawa suara dan hasrat anak muda ke hadapan.

Tuan-tuan/ puan-puan yang berminat untuk menghadiri Bual Nusantara ini disarankan untuk mendaftar di sini memandangkan tempat duduk adalah terhad. Sekian, terima kasih.