Past Events

28 Sept’15 – Forum Celik Politik 1.0: Apa Itu Pengasingan Kuasa?

forum celik politik

Penang Institute bersama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan satu siri forum yang bertajuk FORUM CELIK POLITIK yang akan diadakan seperti butiran di bawah:-

Tarikh     : 28 September 2015 (ISNIN)
Masa        : 8.00 malam – 10.00 malam
Tempat    : Dewan Bankuet, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Lebuh Light, George Town
 
Siri forum ini bermatlamat untuk memperkenalkan fungsi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta peranan Ahli Dewan Undangan Negeri sama ada “backbencher” ataupun pembangkang kepada orang ramai. Di samping itu, siri forum ini juga bertujuan untuk menyediakan ruang interaksi di antara DUN serta rakyat jelata. Di samping itu, forum ini juga bertujuan untuk menjadi satu pelantar untuk membolehkan interaksi antara DUN serta rakyat jelata.
 
Forum Celik Politik yang pertama yang bertajuk “Apa Itu Pengasingan Kuasa?” akan dibahaskan oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Wong Chin Huat. Pengasingan kuasa adalah satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang utama: Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Kehakiman. Ia diwujudkan untuk menghindari dari penyalahgunaan kuasa di kalangan pemerintah atau pemimpin.

Sertailah kami untuk memahami peranan anda sebagai Rakyat, memahami fungsi dan peranan DUN/ ADUN di Forum Celik Politik 1.0. Sila klik di sini untuk pendaftaran. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Penang Institute (04-2283306) atau Dewan Undangan Negeri (04-2299600).