Past Events

30 May’15 – Forum Nusantara – Mengenang Tuan Guru Nik Aziz: Islam & Kepelbagaian

mengenang tuan guru nik aziz banner

30 Mei 2015- Sabtu, 8.30-10.30pm, The Light Hotel- Seberang Jaya, Penang

Forum Nusantara merupakan siri forum anjuran Penang Institute yang berusaha untuk merayakan wacana mengenai sosio-budaya, identiti, pembinaan negara bangsa serta beberapa tema yang terkait dengan Nusantara dalam kalangan masyarakat. Siri kali ini akan dimulakan dengan sebuah forum ‘Mengenang Tuan Guru Nik Aziz: Islam & Kepelbagaian’. Butiran forum adalah seperti berikut:

Tarikh: 30 Mei 2015- Sabtu
Masa: 8.30-10.30pm (Pendaftaran 8pm)
Tempat: The Light Hotel- Seberang Jaya, Penang

Tanggal 12 Feb 2015 merupakan tarikh pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Nik Aziz, seorang pemimpin penuh kesederhanaan di negara ini yang pastinya tidak asing kepada masyarakat kita. Pemergiannya bukan sahaja meninggalkan satu ruang kosong yang sukar untuk diisi kembali, tetapi juga meninggalkan satu legasi yang harus kita hargai.

Ajaran Islam yang dihayati oleh Allahyarham Tok Guru jelas tidak eksklusif kepada umat Islam sahaja, malah beliau turut berjaya memanifestasikan ajaran Islam dalam masyarakat dari pelbagai latar belakang. Beliau merupakan tokoh dalam kepelbagaian, seorang pemimpin penuh keadilan dan prihatin lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang beragam agama.

Forum kenangan anjuran Penang Institute ini bertujuan untuk mendapatkan iktibar dari legasi kepimpinan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz, terutamanya buat masa kini di mana negara kita sedang dilanda cabaran golongan ekstremis agama dan etnik yang jelasnya mengganggu perpaduan di Malaysia.

Tuan-tuan dan puan-puan dijemput hadir sama sekali untuk menjayakan siri Forum Nusantara Penang Institute dalam kenangan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz.

ATURCARA
8.00-8.30 pm : Pendaftaran
8.30-8.40 pm : Ucapan alu-aluan oleh YB Zairil Khir Johari, Pengarah Eksekutif, Penang Insitute
8.40-10.00 pm : Forum Nusantara- Mengenang Tuan Guru Nik Aziz: Islam & Kepelbagaian
10.00-10.30 pm :  Sesi soal & jawab
10.30pm : Bersurai

Memandangkan tempat duduk adalah terhad, individu yang berminat diingatkan membuat pendaftaran lebih awal.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat di talian 04-228 3306.

Online Registration