9 - 14 April - Sambutan hari lahir ke-70 Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh (Open to public)

BANNER_SN70

PAMERAN SASTERAWAN NEGARA
9-14 April 2012, (10.00pagi-5.00 petang)
Ruang Legar Tingkat 3 KOMTAR

FORUM NUSANTARA KE-4
“Sireh Pulang ke Gagang:
Menelusuri Karya dan Jasa SN Muhammad Hj. Salleh”
14 April 2012, Sabtu (9.00 pagi - 12.00 tengahari)
Auditorium F, Tingkat 5 KOMTAR

ATURCARA:

8.30 pagi Pendaftaran
9.00 pagi Ucapan pengerusi majlis
9.05 pagi Ucapan alu-aluan: Sdr. Zairil Khir Johari,
Ketua Pegawai Eksekutif, Penang Institute
9.15 pagi Ucaptama: YB Dato’ Mansor Hj. Othman,
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
9.30 pagi FORUM NUSANTARA IV “Sireh Pulang ke Gagang”
Prof. Dato’ Dr. Abdul Kadir Lebai Din (Moderator)
Profesor Dato’ Dr. Salleh Yaapar
Prof Madya Dr Mawar Safie
Eddin Khoo
11.30 pagi Sesi soal jawab & diskusi
12.00 t/hari Jamuan Tengahari & bersurai

MALAM KEMUNCAK
Sambutan Ulangtahun Kelahiran ke-70 Sasterawan Negara
Profesor Emeritus Muhammad Haji Salleh
14 April 2012, Sabtu (7.30 malam - 11.00 malam)
DOME, Tingkat 5 KOMTAR

ATURCARA:

7.30 malam Makan malam
8.15 malam Persembahan Pembukaan
8.30 malam Pengantar Sambutan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng,
8.45 malam Pembacaan Warkah Generasi oleh Buddhi Hekayat
9.05 malam Pengkisahan tentang SN Muhammad Hj. Salleh oleh
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim
9.30 malam Pidato Kebudayaan oleh Goenawan Mohamad
10.30 malam Upacara Memotong Pulut Kuning dan nyanyian “Selamat Hari Jadi”
10.40 malam Pelancaran Buku Terbaru SN Muhammad Hj. Salleh
10.45 malam Ucapan Khas SN Muhammad Hj. Salleh
11.00 malam Bersurai

Latar Belakang:
Salah satu warisan budaya yang paling istimewa terdapat pada Pulau Pinang ialah tradisi dan khazanah persuratannya, khususnya persuratan Melayu, sejak berzaman. Antara bintang-bintang paling gemerlap dalam sejarah Malaysia yang lahir di Pulau Pinang atau menjadikan negeri ini sebagai pusat kegiatan mereka ialah Syed Syeikh Alhadi, Ahmad Rashid Talu, Shahnon Ahmad, Kassim Ahmad, Latif Mohiddin, dan Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh (MHS) yang mendapat pendidikan awal di Bukit Mertajam, memulakan kerjayanya di Butterworth dan menjadikan negeri ini sebagai pusat kegiatannya sejak puluhan tahun lalu.

MuHS bukan sahaja merupakan salah seorang Sasterawan Negara terbaik, malah ahli akademik yang amat banyak berjasa terhadap pembangunan bahasa dan sastera Melayu. Kesempatan ini dapat dijadikan salah satu langkah pertama oleh PI untuk menempatkan diri sebagai pencetus dan pemangkin utama bagi kegiatan kebudayaan di Pulau Pinang serta melakar reputasi sebagai salah satu lembaga yang paling dipercayai dan dihormati oleh para pencinta Bahasa Melayu.

Menerusi acara sambutan ini Penang Institute dapat membuktikan bahawa hasrat yang dinyatakan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar pilihan para penggiat kebudayaan dan kesenian serta hasratnya untuk menghidupkan semula negeri ini sebagai pusat kegiatan persuratan bukan sekadar pemanis mulut, terutama setelah ia beberapa kali telah berjaya menganjurkan Forum Nusantara. Dengan penglibatan Goenawan Mohamad, sasterawan kelas dunia yang paling berpengaruh di Indonesia, program ini akan menjadi salah satu acara bertaraf antarabangsa yang dianjurkan oleh Penang Institute.

Our Affiliates

 

pg_gov      mppp      mpsp      pdc   psdc      undp       usm   investpg

Quick Links

About Us   |   Contact Us   |   Media Centre   |   Sitemap

Penang Institute
10 Brown Road, 10350 Penang, Malaysia.
Tel : (604) 228 3306   |   Fax : (604) 226 7042
General enquiries : enquiry@penanginstitute.org