Past Events

15 Aug’17 – Program Bedah Movie: Rudy Habibie – Kisah Mantan Presiden Indonesia

program bedah movie

Penang Institute akan menganjurkan sebuah tayangan filem bertajuk “Program Bedah Movie : Rudy Habibie – Kisah Mantan Presiden Indonesia”. Tuan/puan dijemput untuk menghadiri forum ini seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh : 15 Ogos 2017 (Selasa)
Masa : 8:00 malam (pendaftaran bermula 7:50 malam)
Tempat : Dewan Penang Institute, No. 10, Jalan Brown, 10350 George Town, Penang

Rudy Habibie adalah sebuah filem arahan Manoj Punjabi, seorang pengarah yang banyak melahirkan filem-filem agong yang memberi impak besar buat sesiapa yang menonton. Antara filem beliau yang berjaya ialah seperti Ayat-ayat cinta, Di bawah lindungan Kaabah, Syurga Yang tak dirindukan, Habibie & Ainun dan Rudy Habibie. Filem-filem yang kebanyakan diadaptasi dari novel ini, sangat memberi kesan mendalam dalam jiwa penonton, dalam masa yang sama membawa nilai-nilai besar dalam masyarakat.

Filem Rudy Habibie ini mengisahkan perjalanan hidup mantan Presiden Indonesia yang ketiga, mengantikan Suharto. Kisah ini mengetengahkan dari zaman kanak-kanak beliau sampai zaman siswa di German dan bagaimana beliau mencetus perjuangan mahasiswa dalam merencana suatu gerakan merubah masa hadapan Indonesia.

Beliau memimpin gerakan pelajar Indonesia (PPI) dan merancang suatu pelan pembangunan Indonesia. Semangat ini bukan sahaja cuba dilunturkan oleh mahasiswa, malah amaran dari pihak kerajaan turut diterima. Walaupun beliau diserang penyakit kerana terlalu tertekan dengan keadaan tersebut semangat cinta kepada Indonesia itu tidak terpisah dari jiwanya, beliau tetap teguh mempertahankan prinsip dan perjuangan.

Filem ini akan diulas oleh Sdr. Muhammad Bin Abdul Wahab. Pelajar tahun akhir Univ Al-Azhar, Cairo.

Tuan-tuan/ puan-puan yang berminat untuk menghadiri forum ini disarankan untuk mendaftar di sini memandangkan tempat duduk adalah terhad. Sekian, terima kasih.