
SERI-Institut Pulau Pinang dengan penuh takzim menjemput semua ke program kita yang julung-julung kali akan diadakan dalam medium Bahasa Malaysia, seperti berikut;
Program : Forum Nusantara
Tajuk : "Cabaran Pulau Pinang sebagai Hab Intelektual Nusantara"
Tarikh : 29 September 2011 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Bandar PERDA, Bukit Mertajam
Forum ini secara idealnya akan membincangkan tentang cabaran-cabaran dan peluang-peluang yang boleh diteroka oleh negeri Pulau Pinang untuk menjadi pusat dalam perkembangan intelektual di rantau Nusantara.
Forum akan dibarisi oleh panelis tersohor seperti Dr. Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis), Prof Ariffin Omar (Tokoh Akademik & Pakar Sejarah Budaya) serta Sdr. Amidi Datuk Abdul Manan (Presiden ABIM).
Pengesahan kehadiran boleh dibuat dengan menghantar maklumbalas kehadiran di e-mel
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
sebelum atau pada Selasa 27 September 2011.





Facebook
Twitter
Digg
Del.icio.us
Slashdot
Furl
Yahoo
Technorati
Newsvine
Googlize this
Blinklist
Wikio





